I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 9 Februari 2012

XPDC Gunung Nuang 18.5.2011 ( Selasa )

( Peta menunjukkan arah laluan ke Gunung Nuang )
Gunung Nuang merupakan gunung tertinggi di Negeri Selangor terletak pada kedudukan 3 0
14 ' Utara dan 101 o 50 ' Timur yang bersempadan dgn Negeri Pahang.

18.5.2012 ( Selasa )

6.30. Pagi : Kami bertiga terdiri dpd SJN.6422 Aziz Che Soh/Eziz Shukman, WP.11194 Azizul b
Abd.Karim dan WP.17575. Dzul b Mandar, berkumpul di Balai Pengawal Penjara Kajang
menaiki kereta Savvy WQW.2553 kepunyaan WP.11194. Azizul b Abd.Karim.Lebih kurang setengah jam perjalanan melalui lebuhraya Cheras untuk sampai ke Hulu Langat, Selangor.
( Anak panah menunjukkan ketinggian Gunung Nuang 1,493 meter atau 4,898 kaki )
( Kelihatan dari kiri : WP.17575. Dzul b Mandar dan WP.11194. Azizul b Abd.Karim sedang makan di Restoran Pohon Bamboo, Hulu Langat,Selangor ).

7.00. Pagi : Kami singgah di Restoran Pohon Bamboo, Hulu Langat, Selangor makan pagi sebagai alas perut sebelum mendaki Gunung Nuang.Kami makan lontong, nasi lemak ,telur separuh masak serta minum air teh dan nescafe. Kami membawa bekal tiga bungkus nasi lemak dan sebungkus kuih bahulu untuk makan di puncak gunung nanti.
( Tiga anggota kakitangan Penjara Kajang sedang menikmati kudapan pagi ).

7.40. Pagi :Kami meninggalkan Restoran Pohon Bamboo,Hulu Langat untuk menunju ke Hutan
Lipur Gunung Nuang. Cuaca pada pagi itu amat baik sekali, bukit dan gunung hijau amat jelas diselimuti kabus putih yang bergerak perlahan-lahan ditolak oleh angin. Kelihatan panorama cahaya matahari mula timbul di permukaan langit.
8.20. Pagi : Kami tiba di Hutan Lipur Gunung Nuang setelah selesai kami parkir Savvy. Segala peralatan yg diperlu utk mendaki kami keluarkan dari bonet kereta itu .Di antaranya ialah GPS, makanan ringan, air meneral, gula-gula, biskut dan sebagainya. Kami daftar masuk sebanyak RM.1.00 seorang dgn Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. ( Hutan Lipur Gunung Nuang ).
Kami bertiga merakam gambar di pintu masuk Hutan Lipur ini sebelum memulakan pendakian.

Tiba Di Pintu Masuk Hutan Lipur Gunung Nuang.

( Permandangan ke pintu masuk HutanLipur Gunung Nuang ).
( Dari kiri: WP.11194 Azizul Abd.Karim, Eziz Shukman dan WP.17575 Dzul Mandar )

8.30. Pagi: Kami bertiga memulakan xpdc mendaki Gunung Nuang yang tinggi 1.493 meter atau 4.898 kaki dari paras laut.Perjalanan utk sampai ke kaki gunung ini sejauh lebih kurang 9 KM. Kami terpaksa melalui 3 check point. Iaitu; Kem Lolo, Kem Pacat dan Kem Pengasih sebelum sampai ke Gunung Nuang itu.
( Penanda menunjukkan ketinggian sebenar Gunung Nuang itu ).
Dalam perjalanan ini kami melintasi juga perkampungan Orang Asli ,melalui dusun-dusun tanaman ,kami juga meredah separuh jalan tar berturap ke Kem Lolo. Terdapat beberapa buah bangsal kosong yang ditinggalkan di dusun di sini.Tidak kurang juga terdapat 4 buah pondok istirehat yg telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan utk para pendaki bagi melepas penat sementara.
Kami bertiga juga terpaksa mendaki beberapa buah anak-anak bukit kecil sebelum sampai ke
Kem Lolo dgn jalan-jalan dipenuhi batu-batu , hutan belukar. Perjalanan amat memenatkan juga
kerana tanah licin berselut kuning.

GPS Panduan Kami Jika Berlaku Kesesatan Sementara.

( Kelihatan WP.17575 Dzul Mandar menekan lutut kanan kerana perjananan memenatkan sekali ).

10.10.Pagi : Kami bertiga sampai di Kem Lolo dan sempat berbual dgn beberapa orang kaum Cina yg telah berkeluarga sedang santai di sini.Kami melalui di bawah batang paip air yang besar serta meredah hutan-hutan tebal , mendaki anak bukit licin , memijak batu-batu besar, mengharungi anak-anak sungai dan sebagainya.
Kami rehat di Kem Lolo sebelum mendaki Gunung Nuang . Di Kem Lolo ini terdapat sebuah rumah pam air yang kosong yang menunggu masa untuk menyembah bumi ,kami juga terpaksa melintasi sebuah kolam air takungan yg dalam . Terdengar garau deruan air terjun di Kem Lolo ini serta riang riuh suara kanak-kanak dan orang dewasa sdg mandi-manda di sini.
Adakala kami bertiga ketika berjalan sambil bercerita dan berbual-bual kosong walaupun kecungapan nafas di dalam dada jelas kedengaran di telinga masing-masing, dgn cara ini masa berjalan pantas tidak terasa sangat, walaupun penat ada.
( Eziz Shukman dgn tekun mendaki anak-anak bukit yg licin dan mencabarkan minda seorang pendaki ).
( GPS yang dibawa bersama oleh WP.11194 Azizul Abd.Karim sebagai panduan jika berlaku sesat jalan kesementaraan ).

Di kem Lolo ini terdapat banyak laluan untuk ke tapak perkhemahan , adakala tidak mustahil kepada para pendaki yg kurang arif akan sesat apabila anda tidak berhati-hati dan peka dgn suasana di sini. Walaubagaimanapun terdapat ikatan riben, tali rafia dan botol mineral
kosong dicucukkan pada dahan-dahan kayu sebagai penunjuk arah laluan utk ke Gunung Nuang.

Menuju Ke Kem Lolo Melintasi Perkampungan Org Asli.

( Kami bertiga melintas beberapa buah rumah Orang Asli )
( Kami berehat sementara untuk bergambar di Kem Lolo )
( Gambar tapak perkhemahan di Kem Lolo )
Di sinilah banyaknya tapak perkhemahan yg mengelirukan .Adakala membuatkan minda para pendaki tergugat sementara waktu, kerana kesesatan boleh berlaku kpd anda pada bila-bila masa sahaja.
Kami tidak lupa menunaikan solat fardu menunaikan tanggungjawab sebagai Hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Pencipta Yang Maha Agung itu.

( Kelihatan air takungan di salah sebuah rumah pam air lama yg terdapat di Kem Lolo ini. )

Pelbagai Tumbuh-Tumbuhan Hutan Yang Menarik.

( Cendawan besar yang tumbuh di sebatang pokok )

Di dalam perjalanan kami banyak menemui pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yg amat menarik dan indah warna-warnanya. Kekayaan alam permadangan di setiap hutan belantara ini amat menyegarkan mata memandang serta udara yg amat menyegar kerongkong apabila kita menyedut udara bersih.




Eziz Shukman cuba mencari line talian telefon untuk menghubungi keluarga bagi memaklumkan beliau bersama-sama rakannya berehat di Kem Pacat, Gunung Nuang.

Tiga Check Point Nuang ( Kem Lolo,Kem Pacat & Kem Pengasih Mencabar.





Perjalanan Untuk Ke Kem Pacat Banyak Cabaran Menanti Pendaki.

( Kelihatan Eziz Shukman dan WP.11194 Azizul b Abd.Karim dlm pengembaraan ke Gunung Nuang ).

11.25. Pagi: Kami bertiga selamat sampai di Kem Pacat pada paras ketinggian 1,081 meter ). Di sini kami berehat sementara untuk beberapa waktu sambil membuka beg mengeluarkan makanan ringan spt biskut , choklat dan air meneral serta 100 plus. Makan dan minum sekadar untuk alas perut dan basah tekak sahaja. Jika kami makan dan minum terlalu banyak menyebabkan kesukaran untuk mendaki Gunung Nuang ini.

" Ah, penatnya. Kita minum air dulu jan ". Beritahu Dzul.
Yang penting banyak peluh keluar dari badan perlu ditambah isipadu air yg berkurangan itu hanya sekadar basahan tekak sahaja, jika berlebihan akan memudaratkan badan utk mendaki.
( Sebatang pokok besar di Kem Pacat ini dililit oleh akar kayu yang saiznya sebesar paha kanak-kanak berumur sepuluh tahun ).


Akhirnya kami selamat menjejak kaki di kem ke 2 di Gunung Nuang ini.Iaitu Kem Pacat.